Tinggal di rumah jenis apartment boleh dikatakan isu dan masalah yang sering dihadapi oleh pemilik rumah adalah mengenai bahagian tandas. Hal ini kerana, penggunaan tandas jenis cangkung memudahkan binatang untuk masuk ke saluran tersebut dan mati di dalamnya. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, lelaki ini yang bernama Fazz Lah, telah berkongsi cara atasi masalah binatang masuk ke tandas dan bau yang datang dari paip saluran.
Jom ikuti perkongsian projek diy yang menarik ini.
Salam sejahtera,
Nak share projek D.I.Y bagi masalah binatang masuk ke tandas dan bau yang datang dari paip saluran terutama bagi penghuni apartment, pangsapuri, flat dan sebagainya.
Jamban saya ada masalah kontraktor dulu tak letak 'S' untuk water trap, jadi air direct flow
Kos untuk menghasilkan projek DIY ini cukup jimat.
Bahan yang digunakan ini adalah sebagai penutup bahagian air mengalir di dalam mangkuk tandas.
Fungsinya cukup menarik dan mudah. Apabila air di flush, ia akan secara automatik terbuka manakala apabila tidak digunakan ia akan kekal tertutup. Jadi ia cukup membantu untuk menghalang binatang dari memasuki salur paip tersebut.
Contoh bila ia dibuka.
Seterusnya untuk memastikan serangga tidak dapat memasuki dalam mangkuk tersebut adalah dengan memasang penutup pada tandas cangkung tersebut.
Inilah hasilnya setelah projek diy ini selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian mengenai cara atasi masalah binatang masuk ke tandas jenis cangkung pada kali ini. Semoga bermanfaat.