Cara Berkesan Halau Lipas Di Rumah

435 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kadangkala lipas ini sangat menganggu kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi kepada yang takut terhadap lipas. Memang lari bertempiaran kalau ternampak lipas ini. Jadi macam mana nak halau lipas ini supaya tidak membuat sarang di rumah kita. Caranya amat mudah. Tinggal anda memilih cara mana yang anda mahukan dan yang mana lebih memudahkan anda. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara berkesan halau lipas di rumah.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsin cara untuk menghalau lipas supaya masalah lipas dirumah anda dapat diatasi.

Cara Berkesan Halau Lipas :

 

Cara 1 :

Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang kerap dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.

Cara 2 :

Setiap kali anda potong timun, jangan buang pangkal dan hujung timun tersebut (bahagian bergetah yang pahit). Letakkan di tempat yang banyak lipas. Memang cara ini berkesan untuk menghalau lipas.

Cara 3 :

Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

Cara 4 :

 

Selain hirisan daun pandan, anda boleh juga gunakan biji buah pelaga atau kulit kayu manis. Memang lipas jenis yang tidak suka pada bauan sebegitu dan ia tidak akan membiak di situ.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian tips pada kali ini bermanfaat kepada anda dalam mengatasi masalah lipas ini. Semoga cara diatas dapat membantu and menyingkirkan lipas di rumah. Selamat mencuba!

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down