Cara Bersihkan Kipas Angin Dengan Teknik Yang Lebih Mudah

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kipas angin kebiasaannya orang akan guna sebab anginnya lebih kuat. tetapi, itu juga bergantung kepada cara penggunaan seseorang tersebut. Selain daripada itu, kebersihan bilahnya juga mempengaruhi kelajuannya.

Perkongsian daripada Sabir Sabang tentang tips atau hacks cara bersihkan kipas angin dengan cara yang lebih mudah dan terbukti ianya menjadi.

Hacks: Cara Bersihkan Kipas Angin Dengan Teknik Yang Lebih Senang

Langkah 1 :

Ambil cuka. Tidak kisah apa jenis cuka sekalipun kemudian letakkan cuka tadi dalam anggaran setengah gelas sahaja.

cara bersihkan kipas angin

Langkah 2 :

Letak 3 sudu baking soda dicampur ke dalam gelas yang mengandungi cuka tadi.

Selepas itu, campurkan dengan 2 sudu sabun pencuci pinggan. Jenama tak kisah asalkan ianya cecair lebih baik.

Kemudian langkah seterusnya, masukkan campuran baking soda, cuka dan sabun pencuci pinggan tadi ke dalam botol spray. Hal ini untuk memudahkan anda spray kipas.

Seterusnya spray pada kipas. Fokus spray pada bahagian bilah kipas.

Langkah 6 :

Balutkan kipas yang telah di spray tadi dengan plastik besar.

Seterusnya, tekan butang kipas dengan kelajuan maksima.

Akhirnya siap. Lihatlah kotoran pada bilah kipas itu. Mudah sahaja bukan. Tak sampai 10 minit pun sudah siap. Tidak perlu lagi susah-susah untuk buka penutup kipas.

Sampai disini sahaja perkongsian kita kali ini. Semoga anda semua dapat manfaat daripadanya.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down