Cara Bersihkan Kipas Siling Dalam Masa 57 Saat Sahaja

20,794 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang merungut penat untuk mencuci kipas syiling memandangkan kedudukan yang tinggi dan susah untuk dibersihkan. Mana tidaknya, kalau guna penyapu atau bulu ayam habis satu rumah penuh habuk hitam. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara bersihkan kipas siling dengan cepat.

Tambahan pula, jika mahu cuci kipas syiling menggunakan tangga, situasi ini boleh membahayakan keselamatan. Jadi, jangan bimbang anda sebenarnya tidak perlu menggunakan penyapu atau tangga kerana ada anda cara yang lebih mudah!

Mari ikuti perkongsian menarik dari seorang youtuber  melalui saluran youtube beliau iaitu CrazyIndianHacker langkah bersihkan kipas siling dalam masa 57 saat tanpa penyapu atau tangga.

Cara Bersihkan Kipas Siling Dengan Cepat :

 

Bahan-bahan Yang Dilakukan :

  1. Penyapu bulu ayam
  2. Penyampung paip pvc
  3. Paip pvc
  4. Kayu

Langkah-Langkah :

1. Sediakan dua batang penyapu bulu ayam macam gambar di bawah ini.

cara bersihkan kipas siling2. Potongkan pada bahagian pemegang penyapu bulu ayam seperti yang dilakuka ini.


3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain.

cara bersihkan kipas siling

cara bersihkan kipas siling
4. Masukkan 2dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti gambar di bawah ini.

cara bersihkan kipas siling
5. Sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.


6. Ini adalah hasil akhir yang telah siap.

cara bersihkan kipas siling
7. Dan sekarang anda boleh mula mencuci kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling best seminit sahaja bersih kipas.

cara bersihkan kipas silingIni sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Kami berharap perkongsian daripada kami ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin mengetahui langkah bersihkan kipas siling. Semoga berjaya dan semoga bermafaat untuk anda semua.

Kredit: CrazyIndianHacker

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down