Cara Buat DIY L Box Siling

70,963 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pasti ada yang tertanya-tanya apa itu L box siling? L box siling adalah kotak atas siling yang dibuat untuk mencantikkan lagi dekorasi lampu rumah.

Fungsi L box siling untuk menampakkan lampu pada siling rumah itu kelihatan berseni dan lebih mewah.

Projek pemasangan ini dilakukan oleh Mhd Saiful Bin Sapian. Beliau melakukan DIY sendiri L box siling ini kerana dengan melakukannya secara sendiri, ianya lebih jimat berbanding mengupah orang.

Langkah Pemasangan L Box Siling :

Akhirnya, siap juga, penat naik turun tangga buat benda alah ni.

Alhamdulillah hasilnya memuaskan si isteri yang tengah sarat mengandung ketika itu.

Saya mengambil masa hampir sebulan nak buat benda alah ni. Maklumlah, DIY projek. Ada masa lapang baru buat.

Sebenarnya idea untuk membuat projek diy ini datang semasa menziarahi rumah abang ipar. Beliau kongsikan langkah-langkah unntuk hasilkan L box ini.

Katanya mudah saja, asalkan rajin. Jadi perkongsian kali ini mengenai langkah mudah untuk bina sendiri L box tanpa minta kontraktor buatkan. Dengan itu, ia lebih menjimatkan banyak kos dalam membina sesuatu projek.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.

Langkah 1:

Sukat paras menggunakan hos yang berisi air (leveling) supaya kesemua dinding sama sukatan.

L Box Siling

Langkah 2 :

Rangka pelan kedudukan lampu untuk memudahkan semasa pemasangan ini nanti.

rumah teres

Langkah 3 :

Potong "siling frame" seperti di dalam gambar untuk membuat (kaki) dari siling ke bawah.

L Box Siling

Ini adalah siling frame.

L Box Siling

rumah teres

Langkah 4 :

Gunakan wall plug atau paku dinding "siling frame" untuk buat bahagian base seperti di dalam gambar dibawah ini.

rumah teres

Langkah 5 :

Bahagian tengah-tengah rumah kenalah buat kaki dan base seperti di dalam gambar dibawah ini.

L Box Siling
L Box Siling

Langkah 6 :

Selepas itu, baru skru semua "siling frame" bahagian base supaya rata dan kuat.

L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling

Langkah 7 :

Tambah sedikit bahagian singki untuk L box, jadi bahagian itu buat macam langkah 3 tadi.

Langkah 8 :

Selesai ke empat-empat "siling frame" skru dekat base. Pasang plaster board bahagian base L.

L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling
L Box Siling

Langkah 9 :

Kalau sudah selesai pasang plaster board, tutup lubang dan ratakan dengan plaster cornice.

L Box Siling

Langkah 10 :

Senangkan? jangan lupa masukan wire dalam L box untuk lampu.

L Box Siling

Ini adalah sedikit sebanyak yang dapat kongsikan kepada anda semua. Semoga anda dapat hasilkan DIY L box itu dengan cara sendiri.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down