Gelang merupakan hiasan tangan yang sering dipakai oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan bagi menjadikan penampilan seseorang itu lebih menarik dan menawan.
Masih ramai yang belum mengetahui bahawasanya gelang juga boleh dihasilkan dengan cara DIY sahaja menggunakan barangan terpakai di rumah.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sabaria Nasiron, beliau telah menghasilkan gelang tangan yang cukup kreatif dan menarik khas buat anaknya.
Jadi, jom kita lihat cara beliau hasilkan DIY dengan lebih lanjut di bawah ini.
Dah lama tak buat gelang ni. Tadi, kemas-kemas jumpa pulak tiub getah. Tu yang terhasilnya gelang. Barang yang lain semua benda yang ada dekat rumah.
Barangan yang digunakan:
Langkah 1:
Potong halus mengikut saiz tiub itu. Kalau tiub besar, potong kain lebar sedikit.
Langkah 2:
Celupkan kain yang sudah dipotong ke dalam minyak. Kemudian, angkat dan jangan terlampau banyak sangat minyak di kain.
Langkah 3:
Selepas itu, masukan kain tadi ke dalam tiub dengan menggunakan lidi.
Langkah 4:
Potong serong sedikit dan di bahagian bawahnya potong sedikit menegak . Pada bahagian satu lagi, tidak perlu di potong. Ia hanya perlu lipat sedikit pada bahagian dipotong serong tadi dan cantumkan ketat-ketat.
Sudah siap. Inilah hasilnya gelang tangan untuk anak-anak. Sangat ringkas dan mudah untuk dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.