Tinggal di rumah sewa memang akan fikir banyak kali bagaimana untuk deco supaya bersesuaian dengan keinginan kita tanpa perlu melakukan proses tebuk dinding dan sebagainya.
Hal ini kerana, kebanyakkan pemilik rumah tidak membenarkan kita untuk melakukan "major renovation" pada rumah sewa tersebut. Namun, sekiranya kita dapat pemilik rumah yang membenarkan kita mengubahsuai rumah sewa tersebut, kita sebagai penyewa memang sangat beruntung.
Perkongsian pada kali ini adalah dari penyewa rumah bernama Farrah Emylia. Beliau telah berjaya menghasilkan minor decoration pada rumah sewa tersebut dengan cukup kemas dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita lihat perubahan yang dilakukan oleh penyewa ini.
Dapur Rumah Sewa ni tak luas sangat. Mula-mula agak buntu juga mikir nak susun barang macam-mana. Sebab kabinet dapur pun tak ada. Betul-betul sinki sahaja.
Sinki pun dah agak usang nak roboh dah. Jadi saya bagitahu owner nak tukar sinki baru. Alhamdulillah owner baik sangat. Dia bagi tukar dan tolak sewa.
Maka terhasil la dapur mini ikut bajet.
Barangan yang digunakan :Â
Keadaan sebelum dapur diubahsuai.
Sebelum ini, bahagian dapur rumahnya ini hanya guna mozek sedia ada sahaja. Tetapi, anak asyik jatuh je sebab mozek jenis lincin. Jadi, beliau letak rumput karpet, selepas itu anaknya sudah tidak jatuh lagi.
Rumput kapet beli dari MR. DIY. Dekat Shopee pun ada jual.
Balang yang digunakan itu hanya guna balang Cadbury sahaja.
Sinki yang owner luluskan untuk tukar beli di sini: https://shp.ee/7te8y43
Combo set pisau dan senduk beli di sini : https://shp.ee/a5c5cc9
Dapur ini beliau beli di Cilando dan sudah guna hampir 5 tahun. Sampai sekarang masih elok dan tak meragam. Dapur yang tunku biasa itu ada, tetapi beliau tak suka guna sebab dapur ini lagi comel.
Blind curtains beli di sini : https://shp.ee/rr64fm9
Sebab ada yang tanya peti ais letak dekat mana? Beliau letak dekat tepi dinding sebelum masuk ke dapur. Di situ sahaja kawasan yang ada suis dan tempat sesuai letak peti ais.
Tempat rempah ratus guna balang kuih yfp 305 dan stiker nama beli di kedai Eco.
Ruang tamu sebelum di deco.
Ruang tamu selepas di deco.
Ruang bawah tangga sebelum di deco.
Ruang bawah tangga selepas di deco.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca yang tinggal di rumah sewa.