Wainscoting dan accent wall cukup tidak asing lagi pada masa kini. Kebanyakan pemilik rumah sudah mula menggunakan accent wall bagi menambah seri bilik dan kawasan rumah mereka.
Selain dihasilkan pada ruang tamu, accent wall juga sering dihias pada dinding bilik tidur.
Untuk melihat konsep dan cara pemasangannya, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dibawah ini.
Cantiknya, Senang sahaja dia buat . Ingatkan susah.
Jom kita DIY ( Do It Yourself ) kat rumah masing-masing.
Sumber : Cribbsstyle
Keadaan dinding selepas di deco dengan accent wall yang kelihatan sangat kreatif.
Potong kepingan papan mengikut bentuk yang dimahukan.
Susun mengikut corak yang diinginkan. Boleh buat ikuti kemahuan masing-masing.
Susun ikut citarasa.
Boleh lekatkan guna paku, gam kayu atau skru.
Siap disusun dan proses mengecat dilakukan.
Ini adalah hasilnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.