Cara DIY Barn Door Hanya Guna Barang Shopee

3,490 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pintu jenis barn door cukup terkenal kerana memiliki design yang cukup kelihatan bangsawan dan mampu membuatkan ruang yang digunakan itu lebih kelihatan menarik dan mewah. Namun, untuk mengupah orang dalam membuat dan memasang pintu ini sudah pasti memerlukan bajet lebih.

Tetapi, sekiranya ingin berjimat cermat, apa kata cuba hasilkan sendiri dengan cara DIY. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nurlailah Khadijah. Beliau telah menghasilkan ubahsuai pintu bilik air rumahnya dengan menggunakan konsep barn door mampu milik yang cukup kreatif.

Beliau juga sempat berkongsi langkah dan cara DIY barn door untuk dijadikan rujukan jika mahu melakukannya secara DIY dirumah.

Jadi, jom sama-sama kita ikutinya dibawah ini.

Cara DIY Barn Door Guna Barang Shopee

Salam Semua. Alhamdulillah settle project diy barn door. Semua barang beli dari Shopee, kos keseluruhan yang dikeluarkan hanya sekitar Rm400 sahaja.

 Boleh rujuk dibawah ini untuk langkah-langkahnya, semoga sharing ni bermanfaat.

Barn door railing ini dibeli dari Shopee.

Cara DIY Barn Door

Selepas ukur, tandakan tempat drill tersebut, ia perlu guna mata skru yang besar sebab skru barn door ini tebal dan panjang.

deco rumah

Apabila sudah siap pasang railing, ukur pada bahagian roda untuk di skru pada bahagian pintu.

Cara DIY Barn Door

Railing setelah selesai dipasang.

deco bilik air

Kemudian, sangkutkan pintu yang telah siap di skru dengan roda dekat railing. Pintu pine order dari Shopee.

deco rumah

Kemudian pasang handle. Handle ini sebenarnya handle cabinet dapur, tetapi beliau buat handle pintu. Ianya dibeli dekat Shopee juga.

deco bilik air

Kemudian, nak bagi tambah menarik, buat design pintu bentuk chevron dengan menggunakan kayu MDF dari Shopee.

deco rumah

Cantik juga warna kayu, tetapi tak masuk tema pula dengan toilet. Katanya.

deco rumah

Akhir sekali, cat pintu itu dengan warna black matte. Barulah sepadan dengan tema toilet. Cat black matte yang digunakan adalah jenama Sancora.

deco rumah

Itu sahaja perkongsian langkah dan cara untuk melakukan DIY barn door pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber inspirasi untuk mereka yang mahu melakukan DIY seperti ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down