Penghasilan projek secara DIY pada masa kini memang sudah menjadi trend. Hal ini kerana, apabila melakukannya secara DIY, kos yang dikeluarkan akan menjadi lebih jimat. Kadangkala, ia juga tidak perlu mengeluarkan kos langsung dengan hanya menggunakan barangan terpakai sahaja.
Projek DIY kali ini dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Nani's Makeover. Selain dari menunjukkan hasil kreatif DIY yang dilakukan, beliau juga berkongsi cara mudah DIY bekas sabun Axion jadikan pasu bunga ala mewah.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti langkah mudah untuk hasilkan DIY pasu bunga yang kreatif dan cukup menarik ini.
Deko cara marhaen. Kita ni sejenis penyayang. Kita diy pasu guna bekas sabun Axion.
Masa nak buang tu terasa macam bekas sabun tu kata "abis madu, sepah dibuang. Insaf terus.
Langkah diy ada dekat bawah ini.
Bekas yang digunakan adalah bekas sabun Axion yang jenis tinggi sikit.
Langkah seterusnya adalah dengan memotong kotak membentuk pasu. Boleh juga potong bentuk lain ikut kreativiti sendiri.
Untuk melekatkan kepingan kotak yang dipotong itu membentuk pasu, ia perlu guna hot glue, lekatkan pada bekas Axion sehingga penuh.
Isikan tempat kosong dengan kertas supaya padat. Kemudian, balut guna salotep.
Bancuhan cat yang digunakan adalah mengikut warna yang kita suka dengan simen stopping. Bancuh sehingga menjadi agak pekat untuk dapatkan tekstur seakan ceramic. Sapu guna berus dan biarkan kering.
Kalau nak lawa sedikit kononnya, Lapkan cat yang sudah dicampur air guna kain lap. Biasanya orang panggil gombal.
Inilah hasil akhir setelah projek DIY selesai dilakukan.
Nampak sangat menarik bahagian bawah pasu ini. Padahal ianya hanya dilakukan secara DIY guna kertas sahaja.
Pasu ini sesuai diletakkan di dalam bilik tidur.
Pandangan pasu pada waktu malam.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi dan idea kepada semua pembaca di luar sana dalam melakukan projek DIY seperti ini.
Selamat mencuba