Cara DIY Kerusi Lama Kepada Gaya Moden Scandinavian

1,757 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika di rumah ada kerusi lama yang terpakai, kalau boleh jangan dibuang. Hal ini kerana, ia boleh dikitar semula dengan cara DIY supaya kelihatan baru dan cantik.

Itu yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang bernama Nomie Mat Lias. Beliau telah menunjukkan cara DIY kerusi lama berkonsepkan scandinavian.

Jom sama-sama kita saksikan proses dan cara DIY yang dilakukan ini.

Cara DIY Kerusi Lama

Pertama kali post di sini. Saya asalnya memang tak reti mendeko. Minat sangat, tengok orang punya deko lawa. Kita punya sedih.

Jadi, ini projek orang baru belajar la ni. Kalau salah, betulkanlah ya.

Saya nak cari kerusi putih. Yang ada di market, harga tebal jugak. Jadi, saya kumpulkan kerusi lama, saya cuba nak hasilkan kerusi putih sendiri. Anak perempuan saya tolong cat.

Mula nak all white, tapi saya suka hijau so saya pilih la color pastel. Start dari Isnin, bersih & undercoat.

Selasa - undercoat sekali lagi. Hari ni cat. Esok satu layer cat lagi dan buat kemasan.

Proses :

  1. Lap dan bersihkan habuk-habuk pada kerusi.
  2. Kesan yang degil, guna thinner.
  3. Undercoat putih 1 tin, Cat Putih Oil Wood Metal 1 tin, Cat Hijau 1 tin. (Kos beli cat rm100+-) Brand JOTUN

Inilah hasilnya buat masa ini. Keesokannya beliau mahu cat kerusi dan coffee table berkonsepkan all black pula.

Cara DIY Kerusi Lama

Progress aktiviti pada hari isnin dan rabu.

diy kerusi

Ini adalah kerusi kegemaran beliau. Dekat luar mahal ni, esok nak kemaskan cat.

diy kerusi

Hasil setelah selesai diubahsuai dan di cat.

diy kerusi

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermafaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down