Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah

99 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan wainscoting pada bahagian ruang tamu cukup menjadi trend pada ketika ini. Hal ini kerana, ianya boleh dilakukan sendiri sahaja dengan cara DIY.

Perkara ini telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Siti Hajar Arshad. Beliau telah berjaya bahagian ruang tamu rumahnya dengan hanya menggunakan wainscoting sahaja.

Jadi, jika mahu melihat proses dan hasil yang dilakukan dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Ruang Tamu

Pertama kali buat wainscoting ini bersama suami. Dengan pintu-pintu kita buat wainscoting.

Proses ini mengambil masa selama 2 minggu juga untuk siapkan semua ini

Cara Pasang Wainscoting:

  1. Pertama, perlu buat design terlebih dahulu.
  2. Potong kayu mengikut design yang disediakan.
  3. Gosok kayu dengan kertas pasir supaya licin.
  4. Tampal kayu pada dinding dan letak sellotape atas kayu sementara tunggu gam itu keras.
  5. Buka sellotape dan letak filler pada rongga-rongga tepi kayu itu.
  6. Selepas filler keras, boleh la cat ikut cat kesukaan kita.

Ini contoh lakaran yang dibuat untuk rujukan beli kayu dan design pada dinding nanti.

Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah

Ruang ini sebelum dipasang wainscoting. Dulu minat sungguh warna hijau.

Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah

Semasa proses.

Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah

Keadaan ruang tamu ini selepas berjaya dipasang wainscoting bersama suaminya. Pada bahagian tengah itu beliau rancang untuk letak wall iron atau jam besar.

Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah
Proses Dan Cara DIY Pasang Wainscoting Pada Kediaman Rumah

Barangan yang digunakan:

  1. Kod cat grey: Jotun 10342
  2. Cat putih: Jotun
  3. Cermin: Homepro (Perlu drill sebab ada hook dekat belakang cermin itu)
  4. Kayu wainscoting: Kedai hardware (macam-macam saiz ada tapi guna 1 saiz sahaja sebab yang ini sahaja ada dekat kedai itu)
  5. Guna kayu bukan PVC/Foam untuk wainscoting.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian dekorasi rumah secara DIY ini dapat menjadikan rumah lebih ceria dan menarik.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down