Melakukan sebuah projek diy sememangnya antara projek yang penat namun pada masa yang sama ia memberikan kebahagian selepas hasilnya siap. Tidak dinafikan untuk melakukan diy ini memerlukan sebuah kesabaran dan juga kemahiran yang tinggi.
Seperti yang dikongsikan oleh Airiel Ibnu Sufian ini, beliau telah berkongsikan hasil diy rak kasut yang telah dilakukan olehnya. Menurutnya lagi, bahan-bahan untuk melakukannya juga adalah kayu pine sahaja.
Jadi, melalui perkongsian di Facebook beliau. Beliau menunjukkan cara untuk diy rak kasut tersebut dari awal hingga akhir. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Assalamualaikum. Ini post Abang yang ke 100 dah. So, sempena post yang keseratus ni, Abang buat rak kasut yang boleh memuatkan 100 pasang kasut dalam satu masa. Yang tempah ni, owner kedai baju budak. Kalau nak buat untuk rumah korang pun boleh.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Cara Untuk Membuat Projek DIY Rak Kayu Ini
Inilah dia beluti pine yang telah pun diketamkan. Panjang kayu ini adalah 8 kaki. Ini sebab owner yang inginkan. Jadi, kita turut sahaja.
Ini juga merupakan kayu pine yang telah pun dibelah dan dipotong. Untuk kayu ini adalah untuk dijadikan sebagai tapak letak kasut. Sebanyak 100 keping perlu dilakukan.
Selepas siap membuat tapak kasut tersebut. Skru kan pada kayu pine tersebut agar kelihatan seperti ini.
Seterusnya kita pergi pula kepada spray. Saya spray warna hitam sebab owner yang inginkan.
Dah siap semua kita lekatkan di dinding.
Inilah dia hasil akhir diy rak kasut yang dilakukan ini. Simple jer sebab owner nak yang simple-simple.
Kredit : Airiel Ibnu Sufian