Isteri mana yang tidak gembira apabila ruang dapur rumah diubahsuai dengan konsep baru. Lagi-lagi yang melakukan pengubahsuaian itu adalah suaminya sendiri.
Jadi perkongsian kali ini adalah dari Yatie Hamdi. Beliau ingin berkongsi mengenai DIY table top, kabinet barang dan kabinet gantung yang dihasilkan oleh suaminya khas untuk dirinya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Inilah hasil DIY pertukangan suamiku. Sebelum ni berpuluh tahun guna almari untuk simpan barang,
Hikmah PKP akhirnya siap juga table top, kabinet barang dan kabinet gantung. Puas hati sangat dengan hasil kerja suami.
15 hari nak siapkan sorang-sorang dapur impian ini. Terima kasih en suami merealisasikan impian isterimu ini.
Keadaan kawasan dapur sebelum proses DIY kabinet dilakukan.
Proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet.
Pandangan dari sudut lain proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet.
Proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet bawah siap dipasang.
Ini adalah semasa proses sebelum pemasangan pintu kabinet bawah.
Proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet gantung sedang giat dilakukan.
Proses pemasangan sedang giat dilakukan dan sudah hampir siap.
Proses pemasangan kerangka kabinet gantung siap. Selepas itu, pasang pintu kabinet pula.
Gambar selepas wallpaper dinding siap dipasang dengan konsep warna pink.
Proses pemasangan pintu sedang giat dilakukan.
Proses pemasangan pintu hampir 95% siap.
Hasil DIY kabinet dapur yang telah siap dilakukan.
Keadaan dapur siap diubahsuai dan didekorasikan dengan peralatan dapur yang cantik dan kemas.
 Keadaan sinki dapur dan tempat memasak.
 Gambar lebih dekat selepas proses membuat dapur selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua dalam menghasilkan kabinet secara DIY.
Semoga bermanfaat.