Cara DIY Tandas Ruang Sempit Bermodalkan Bawah RM300

470 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki tandas yang mempunyai ruang terhad bukanlah menjadi isu dan masalah untuk diubahsuai kepada gaya yang lebih ceria. Hal ini kerana, jika kita pandai menerapkan konsep dekorasi yang bersesuaian, pasti bilik air akan lebih selesa untuk digunakan.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Hasya Hanizar. Beliau telah berkongsi cara DIY tandas ruang sempit kepada konsep baru yang sangat cantik.

Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit

Sebelum dan Selepas.

Deco toilet ruang sempit, berbulan baru siap. beli barang sikit-sikit. Buat kerja slow-slow. Semuanya diy masa husband pergi kerja dan anak-anak pergi sekolah.

Untuk kos keseluruhan, barang tak beli sekaligus. Beli sikit-sikit sebulan 2,3 barang.

  • Cat tiles putih 1L RM 25. Itu pun ada lebih lagi.
  • Cat dinding atas grey ambil cat lebihan yang lama.
  • Pokok - Nilai RM 15.
  • Cermin - Shopee RM 79.90.
  • Rak shampoo - Shopee RM 18.
  • Paip air dan bidet tak ingat beli di kedai hardware. Rasa bawah RM 40.
  • Vinyl floor - Carpet prima Nilai, sekotak 25pcs RM 36.
  • Paint spray chrome - diy RM 7.

Tandas sebelum diubahsuai.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit
Cara DIY Tandas Ruang Sempit
Cara DIY Tandas Ruang Sempit
Cara DIY Tandas Ruang Sempit

Bahagian lantai setelah tiles selesai dipasang.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit

Tempat letak sabun sebelum diperbaharui.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit

Tempat letak sabun dispray.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco bilik air mengikut konsep pilihan hati. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2025 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down