Kalau bercerita mengenai wainscoting semua orang cukup mengenalinya. Kalau dahulu pemilik rumah hanya mengupah tukang sahaja untuk membuat kerja pemasangan wainscoting, tetapi, pada masa kini rata-rata pemilik rumah mula belajar dan lakukan sendiri sendiri sahaja rumah mereka.
Sama seperti pemilik rumah ini yang bernama Ah Min Ah Putt, beliau telah menghasilkan dekorasi pada bahagian ruang makan secara sendiri sahaja. Sebab kenapa ramai pemilik rumah cuba untuk menggayakan sendiri adalah kerana dapat menjimatkan bajet.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian projek yang dilakukan olehnya ini.
Alhamdulillah,
Projek diy wainscoting kayu dining wall dan pintu bilik guna wainscoting jenis kayu.
Bajet keseluruhan RM380.
Selamat mencuba kepada yang ingin diy wainscoting sendiri juga.
Ini adalah senarai barang yang wajib anda beli jika mahu berjimat dalam memasang wainscoting dinding rumah anda:
Keadaan pintu bilik semasa proses wainscoting sedang dilakukan. Permulaan hanya lekatkan kayu pada pintu untuk hasilkan bentuk dan gaya yang dimahukan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak jatuh.
Pintu selepas selesai dilakukan. Sangat cantik apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini secara DIY sahaja. Sangat menjimatkan kos.
Keadaan dinding semasa proses wainscoting sedang giat dijalankan. Caranya juga sama, permulaan hanya lekatkan kayu pada dinding untuk menghasilkan bentuk dan gaya yang diinginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.
Keadaan ruang dinding rumah dan pintu setelah kerja-kerja DIY selesai dilakukan. Sangat cantik dengan bajet kurang dari 400 anda mampu lakukan wainscoting dengan kemas dan menarik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca diluar sana.