Cara DIY Walldecor Underbudget Simple Dan Kreatif

335 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekiranya anda ada ternampak buah kelapa yang sudah kering, anda disarankan untuk tidak membuangnya kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan buah kelapa tersebut. Sebagai contoh, anda boleh gunakan sabut kelapa dengan membuatkannya sebagai pasu bunga, tempat menggantung pokok "money plant" dan lain-lain. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy walldecor underbudget simple dan kreatif

Antara insan yang giat melakukan DIY ialah Puan Norpadilah Binti Afandi. Nama beliau tidak lagi asing dalam kalangan peminat DIY ataupun peminat farmhouse. Manakan tidak, ada saje idea-idea kreatif beliau yang tidak terpikir dek akal.

Baru-baru ini beliau ada kongsikan idea untuk diy "walldecor underbudget". Iaitu tempat untuk menggantung bunga artificial dengan hanya menggunakan barang-barang terpakai sahaja.

Anda mungkin tertanya tanya apakah barang-barangan terpakai yang digunakan oleh puan Norpadilah ini? Haa kalau begitu apa kata kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara DIY Walldecor Underbudget :

DIY Walldecor Underbudget
Alhamdulillah. Menyempatkan diri harini untuk share diy walldecor ni. Super duper jimat.

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

  • Papan kek
  • Spray paint
  • Sabut kelapa
  • Chicken wire/dawai matapunai
  • Daun/bunga artificial
  • Staple gun
  • Papan Terpakai

Langkah-Langkah :

1. Papan kek terpakai dan spray paint

DIY Walldecor Underbudget2. Tanggalkan kertas pembalut papan, spray warna pilihan. Separuh sahaja.

DIY Walldecor Underbudget3. Sabut kelapa dan chickenwire/mata punai

4. Ceraikan/siat sabut kelapa.

5. Susun sabut atas dawai dan lipat dua dawai untuk balut sabut.

6. Potong dawai ikut saiz separuh papan..lebihkan sikit dalam 2 inci.

7. Lipat di belakang papan, staple guna staplegun.

8. Siap mcm ni(Rujuk gambar di bawah).

9. Tebuk lubang bahagian tengah/atas papan.

10. Papan backdrop guna papan terpakai.

DIY Walldecor UnderbudgetInilah hasil yang sudah siap. Senang bukan nak buat papan gantung sabut kelapa ni dan yang paling penting bajet yang digunakan hanyalah rendah saja kerana hanya barangan terpakai yang diguna pakai.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down