Dekorasi dinding accent sering digambarkan dengan corak kreatif pada bahagian dinding menggunakan kayu mdf.
Secara kebiasaanya, corak yang sering dihasilkan oleh pemilik rumah adalah jenis tulang ikan dan diamond. Namun, pada kali ini, corak dinding yang dihasilkan adalah jenis petak.
Penghasilan dekorasi sebegini dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mustaqim Mustapha. Beliau berkongsi sedikit idea dan cara hasilkan accent wall corak petak pada ruang tamu yang cukup menarik.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Cuba-cuba buat.
Alhamdulillah siap juga accent wall ini. Corak petak-petak jadi pilihan.
Conteng dan lakar dahulu sebelum putuskan design mana yang sesuai. Design petak-petak jadi pilihan.
Rangka asas yang dihasilkan pada dinding.
Sudah nampak bentuknya sikit-sikit.
Tutup gap antara sambungan kayu dengan wood filler. Selepas itu, gosok supaya licin dan rata dengan menggunakan kertas pasir.
Sapu wall sealer dahulu sebelum dicat dengan warna pilihan.
Warna yang digunakan adalah Jotun Soft Skin. Memang cantik sangat.
Inilah hasilnya setelah projek DIY selesai dilakukan.
Nampak macam kosong, jadi, kita perlu tambah pokok-pokok di tepi kabinet tv.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.