Setiap pemilik rumah sudah pasti mahu memiliki kediaman dalaman yang cantik dan menarik mengikut citarasa mereka.
Kebiasaannya, penghasilan dekorasi rumah pada masa kini dengan cara DIY sahaja. Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nur Fatehah Ismail. Selain dari berkongsi hasil dekorasi yang dilakukan, beliau juga menunjukkan cara bagaimana untuk hasilkan batten wall pada bahagian bawah dinding.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti langkah dan cara ubahsuai dinding yang dilakukan ini.
Pengalaman pertama deco dinding (batten wall) macam ni. ambik masa 5 hari jugak buat.
Memang lawa lepas ni nak buat ruang tamu pula.
Keadaan sebelum diubahsuai. Abaikan bilik bersepah.
Barang yang bersepah tadi dikemas terlebih dahulu.
Batten wall mula dipasang dan dilekatkan dengan tape supaya ianya tidak jatuh dan bergerak dari tempat asal.
Setelah siap dipasang, proses seterusnya pula adalah mengecat bahagian dinding tersebut dengan warna pilihan.
Beliau memilih warna burgundy pada bahagian bawah dinding tersebut.
Mula-mula cat dahulu dengan lapisan pertama.
Selepas itu, buat sehingga tiga lapisan.
Hasil setelah selesai dipasang batten wall.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk deko rumah dengan cara DIY. Semoga bermanfaat.