Cara Hasilkan DIY Feature Wall Bajet Serendah RM200

34,470 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi rumah yang menggunakan cermin sudah tidak asing lagi di malaysia pada masa kini. Cermin boleh dikatakan satu benda yang sangat penting bagi setiap rumah.

Boleh dikatakan peratusan rumah yang tidak memiliki cermin sangat kecil sahaja. Selain digunakan untuk bersolek, cermin juga sering digunakan untuk mencantikkan rumah bagi menjadikan ianya kelihatan lebih luas. Jadi, perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Huda Mimie. Beliau mahu berkongsi mengenai projek DIY ruang tamu berkonsepkan feature wall.

Jika dahulu, penggunaan feature wall atau dinding kaca ini biasanya digunakan oleh golongan bangsawan yang mempunyai rumah mewah sahaja. Namun, kini, hanya bermodalkan bawah RM200 pun sudah mampu untuk mendekorasikan rumah dengan konsep sebegini.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti bagaimana pasangan ini mendekorasikan rumah menggunakan feature wall.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

Bahan-bahan:

  • Cermin kedai ECO
  • Double side  warna hitam)
  • Kayu 1 inci
  • Gam kayu
  • Cat

Langkah-langkah:

Cermin yang digunakan adalah cermin Eco sahaja dengan harga RM2. Bagi menampakkan cermin itu panjang, cantumkan cermin tersebut terlebih dahulu.

Bagi proses lekatkan cermin pula, boleh gunakan double side. Untuk lekatkan kayu, boleh guna gam kayu.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

 

Proses menampal cermin pada dinding hampir selesai dilakukan.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

Ini adalah hasil sebelum siap.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

Proses penampalan cermin hampir siap, hanya tinggal sedikit sahaja lagi.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

Proses mengecat dinding apabila cermin siap dipasang dan ditampal.

DIY Feature Wall Dari Pasangan Suami Isteri

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan membaca artikel ini dapat memberikan idea dan inspirasi kepada semua dalam mendekorasikan rumah menggunakan feature wall ini.

Semoga bemanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down