Cara DIY Penyidai Baju Yang Simple Dan Mudah

8,257 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Paip pvc memang banyak kegunaan lagi-lagi kalau anda seorang yang kreatif dalam melakukan Projek DIY di rumah. Selain dari senang didapati, paip pvc juga boleh digunakan untuk membuat penyidai baju tau.

Projek DIY ini dilakukan oleh seorang pemuda yang bernama Mohd Uzair. Disebabkan kawasan rumahnya itu agak terhad, memang sukar untuk menjemur pakaian harian.

Jadi, dengan penghasilan projek DIY penyidai baju ini sedikit sebanyak dapat memudahkan kita untuk menyidai pakaian dalam kawasan rumah kerana senang untuk dibawa kemana sahaja yang kita mahu.

Jom sama-sama kita ikuti proses pembuatan penyidai baju ini.

Cara Hasilkan DIY Penyidai Baju Yang Simple Dan Senang

Langkah pertama :

Buang batang tengah yang ada pada penyidai itu. Kemudian, masukkan penyidai itu di dalam batang 3 suku. Pastikan sebelum masukkan penyidai itu perlu letakkan penyambung paip terlebih dahulu.

Perkara utama dalam cuba untuk membuat penyidai baju ini perlu fokuskan dahulu pada bahagian tapaknya. Pastikan tapaknya kukuh supaya ianya lebih tahan lama. Bukan sahaja tahan lama, memiliki tapak yang kukuh dapat memudahkan kita untuk menyidai baju dengan banyak tanpa perlu risau.

DIY Penyidai Baju

Peralatan yang digunakan. Barangan yang digunakan adalah hanya paip pvc, soket dan penyidai baju.

Rupa penyidai ini setelah dimasukkan dalam batang paip itu tadi.

Ia bebas untuk dihasilkan berapa tingkat penyidai itu. Pastikan kaki atau tapak yang digunakan itu kukuh untuk menampungnya.

Cara DIY Penyidai Baju

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca dalam cuba untuk Hasilkan DIY penyidai baju guna barangan terpakai seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down