Cara Hasilkan Warna Cat Merah Jambu Hanya Dengan Dua Campuran Warna

45 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan warna melalui proses campuran seringkali dilakukan oleh tukang-tukang yang pakar di dalam bidang mengecat serta orang seni kreatif dinding mural.

Memang ianya nampak mudah, campur-campur dan siap! Namun, ianya tidak mudah sekiranya campuran yang dihasilkan tidak mengikuti langkah yang betul.

Jadi perkongsian kali ini mengenai tips mudah menghasilkan cat warna merah jambu yang cukup ringkas. Jom ikuti bacaan dibawah ini.

Cara Hasilkan Warna Cat Merah Jambu Dengan Mudah

Caranya cukup mudah, campurkan warna merah dan putih terus pada dinding tanpa perlu campur diatas tray.

Kemudian, blend guna berus yang sama dan tak perlu pakai berus kecil.

Jika mahu hasil seni dinding itu diperhalusi, barulah guna berus kecil seperti gambar dibawah ini. Maka, terhasillah corak seni pada dinding berkonsepkan warna merah jambu.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memudahkan urusan pembaca diluar sana yang pening bagaimana mahu menghasilkan warna merah jambu. Selamat mencuba.

Kredit: @mynameisjack003

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down