Cara Hias Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan Premium

13,268 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda yang baru sahaja berpindah ke rumah baru , sudah pasti perkara pertama yang anda mahu lakukan ialah mengemas atau menyusun barang rumah terutamanya dapur kan? Bagi kaum wanita, bab-bab menghias dapur kecil ini adalah kepakaran mereka.

Menurut perkongsian daripada Puan Adiha Adib dilaman Facebook, beliau telah berkongsikan beberapa tips yang menarik untuk menukarkan dapur yang kelihatan sempit dan buruk kepada dapur kecil yang kelihatan mewah menggunakan meja banquet kabinet.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Puan Adiha ini hias dapur kecil menggunakan meja banquet sendiri yang akan memudahkan beliau untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan barang dapur. Jom kita ikuti perkongsian menarik daripada beliau.

Cara Hias Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan "Premium" Menggunakan Meja Banquet Sahaja!!

Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki . Tenang je gais! Ini la hasil, Sebelom & Selepas cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet menjadi ala Kabinet mewah!

Dengan harga mampu milik .Buat sorang tak jalan ni! Yg penting dapat sokongan dari Suami, terima kasih Abang. Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah Sendiri satu hari nanti. Amin

Bahan-bahan Yang Diperlukan

  • Velcro Tape - https://shope.ee/8erC6QSILg

Cara DIY Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan Premium

1) Sediakan Meja Banquet

Pastikan ada meja banquet yang muat untuk ruang dapur yang diperlukan (contoh Gambar bersaiz : 76 x 122 x 45 cm)

2) Kayu Terpakai Sebagai Penebal

Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yang diperlukan.
Contoh : Dari dinding ke Sinki

• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6

3) Mengubah Ketinggian Meja

Tinggikan Meja Banquet selaras dengan Sinki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware. Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan. 8 batang diperlukan untuk 2 meja banquet. 8 batang besi berharga RM17

Baki Ketinggian yg diperlukan :

  • Ketinggian Sinki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
  • Panjang besi
  • Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal Besi


4) Weld Besi

Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60

5) Finishing
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting. Apabila siap pasang wallpaper tersebut, tampal Velcro Tape (belah kanan) menggunakan gam.

 

Gambar Sebelum Dan Selepas Hias Dapur

SEBELUM:
Pada hari pertama masuk, hanya ada Sinki sahaja. Yang selebihnya adalah kosong.

dapur kecil

SEBELUM:
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni.
Masak pun main2 je. Ni ke nama nya tongkang pecah? Haha

dapur kecil

SELEPAS:
• Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20

SELEPAS:
Marble Wallpaper : 6 Meter RM27 .

dapur kecil

SELEPAS:
Bekas: Rm2.00+ / botol
• 2 ply & Kedai Eco

dapur kecil

SELEPAS:
• Langsir meja + Velcro : RM83
Tinggi Sinki : 92.5cm
Panjang : 600cm Skirting : Miety Zain

Link untuk belikan langsir mini juga disertakan di bawah.
https://shopee.com.my/product/190649997/4603795549?smtt=0.0.9

SELEPAS:
Rak Ikea (Lerberg): RM69

Bagaimana dengan hiasan dapur kecil ini? Nampak mewah dan premium bukan? Anda juga boleh mengambil perkongsian ini sebagai inspirasi dan cuba lakukan sendiri dirumah anda. Selamat mencuba.

Kredit : Adiha Adib

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down