Cara Hilangkan Bau Asap Masakan Dengan Guna Cooker Hood Jenama Mark Rubine

215 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ketika memasak, kebanyakan pemilik rumah mengeluh kerana asap dari dapur tersebut terperangkap dan keluar hingga ke ruangan lain termasuk ruang tamu dan bilik.

Salah satu sebab kenapa asap tersebut keluar dan merebak hingga ke ruang lain adalah disebabkan oleh sistem pengudaraan pada ruang dapur yang kurang baik.

Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, kita perlu fikirkan satu cara yang berkesan untuk memastikan asap tersebut tidak merebak ke bahagian lain. Terdapat beberapa cara yang berkesan, namun sudah pasti ia memerlukan sedikit modal.

Untuk mengetahui cara berkesan untuk menghilangkan bau asap di dalam rumah, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Hilangkan Bau Asap Masakan Di Dalam Rumah

Ciri-Ciri Cooker Hood Jenama Mark Rubine:

  • Model: RCH-MARK-90BL.
  • Kuasa Sedutan: 1,400 meter per jam.
  • Bahan Permukaan / Furnishing: Stainless Steel dan tempered glass hitam.
  • Panel kawalan: Sentuhan Sensor.
  • Level kelajuan: 2
  • Delay timer: Ya
  • Penapis arang: Ya
  • Perangkap minyak: Ya
  • Ekzos / Edaran semula: Kedua-duanya.
  • Ciri Unik: Pengekstrakan pantas.
  • Dimensi produk: 896 x 513 x 400-775

Untuk ciri yang lebih detail boleh lihat di bawah ini:

Cara Hilangkan Bau Asap Masakan

Rata-rata pengalaman mereka yang sudah memasang Cooker Hood jenama ini berpuas hati dan memberikan feedback yang agak positif selepas memasangnya di rumah. Ia cukup membantu dan menjadikan rumah tidak lagi berbau asap masakan.

Cara Hilangkan Bau Asap Masakan

Kelebihan Cooker Hood Jenama Mark Rubine:

Kelebihan Cooker Hood ini mampu menyedut asap masakan, udara kotor, dan haba panas dari dapur. Jadi, selepas ini sudah pasti tidak ada lagi masalah anak-anak terutamanya yang menghidap penyakit asma batuk-batuk dan sesak nafas akibat terhidu asap masakan yang terperangkap dalam rumah.

Cara Pemasangan Cooker Hood Jenama Mark Rubine:

Penggunaan Cooker jenama ini cukup menarik kerana ianya cukup senang untuk dipasang. Ianya boleh dipasang sendiri tanpa perlu mengupah tukang. Cooker hood bebas untuk diletakkan di mana sahaja, ia tidak semestinya berdekatan dengan dapur gas tempat memasak, jika mahu letakkan di bahagian tepi tingkap pun boleh tau.

Cara Hilangkan Bau Asap Masakan

Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari Cooker Hood yang berkualiti seperti ini. Jadilah pembeli yang bijak.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down