Sesetengah orang berkata, kuali yang bahagian belakangnnya hitam akan membuatkan makanan yang dimasak bertambah sedap. Tetapi, tak rasa sakit mata ke kalau hari-hari tengok kuali berkerak macam tu?
Biasanya, selalu kita dengar alasan malasnya nak sental kuali sebab memakan masa yang lama dan agak susah. Tambahan lagi kalau kuali Itu sudah bertahun tidak disental. Memang lenguh habis la kan satu badan?
Namun, terdapat cara paling mudah untuk memastikan kuali yang berkerak kembali berkilat semula dengan menggunakan krim sahaja.
Untuk mengetahui caranya, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Betul-betul berkesanlah! Berkilat dan nampak macam baru!
Caranya cukup mudah. Beli sahaja krim Cif seperti gambar di bawah ini.
Rupa bontot kuali ini sebelum dikilatkan.
Langkahnya cukup mudah, picit krim tersebut pada bahagian hitam tadi.
Selepas itu, tonyohkan dengan menggunakan berus lembut.
Kemudian, lapkan dengan tisu atau kain lap. Hasilnya boleh tengok di bawah. Memang berkesan.
Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Selesai.
Sangat mudah kan cuci bontot kuali hitam yang berkerak itu? Selesai satu masalah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu pembaca di luar sana yang mengalami masalah kuali berkerak seperti ini.
Selamat mencuba.