Cara Melakukan DIY Accent Wall Ocean Blue Yang Cantik

116 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masih tercari-cari idea untuk hiaskan dinding yang cantik untuk rumah anda? Boleh ikuti perkongsian oleh Hanan Aana di laman Faceboknya. Dinding kosong rumahnya yang diberikan sedikit sentuhan hasil dilakukan dipanggil DIY accent wall.

Memang cantik hasil yang dilakukan oleh sis ini. Dengan bertemakan Ocean Blue dan accent wall yang cantik menaikkan seri rupa dinding tersebut.

Jom ikuti perkongsian dibawah, mana tahu boleh buat juga untuk rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy "accent wall" mudah dan simple.

Wanita Tunjukkan Bagaimana Cara Untuk Lakukan DIY Accent Wall Tema Ocean Blue Yang Cantik Dan Simple

Assalamualaikum. Di sini kami nak jawab soalan2 kawan2 yg berminat nak buat accent wall ni.

Ramai jugak yg berminat sbb dok dm fb dan IG. Details mmg ada setiap gambar ye. Sila lah share sampai Viral. Mana la tau di jemput ke istana negara.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Accent Wall Ini

  • Jenis kayu : KAYU SYILING atau KAYU SPIN
  • Keluasan dinding kami : 7 metre persegi
  • Panjang kayu: Depend on kedai ( yang kami punya 8 kaki)
  • Dimension kayu : 1 inch ataupun setengah Inci
  • Mana nak beli kayu: Kedai Hardware ( org melaka boleh Pm tepi. Kami bg cntct number kedai terus)
  • Pembelian tools digunakan: MR DIY

Total Kos : RM210

  • Jenis cat : Jotun Majestic Matte (statement Blue)
  • Code cat: 4863
  • Undercoat: Jotun Plus

Langkah Untuk Melakukan DIY Accent Wall Ini Dengan Lebih Simple

Lakaran design dari Abi Fakhrullah Azmi masa ni tukar skala dinding tu utk tahu exactly berapa batang kayu kena beli. Kayu sebatang dlm 8 kaki

DIY Accent Wall

Jadi mula la proses melakar on real wall

Memang menguji kesabaran. Tapi kalau bersabar dengan anak, pasti result akan gempak.

Proses melekatkan kayu pada dinding.

DIY Accent Wall

Wood filling! Proses ni ambik masa 3 hari jugak. Setiap gap, lubang kayu, bekas paku semua kena fill. Itu belum kira lagi gap antara dinding dan kayu yang tak rapat. Semua tu kena fill.

DIY Accent Wall

Proses sanding lepas sudah wood filling. Yang ini pun mencabar. Sebab lepas sudah sanding, tiba-tiba baru perasan masih ada lagi lubang dan gap.

DIY Accent Wall

Proses UNDERCOAT sedang dilakukan.

Tips:
1) Beli undercoat yang boleh guna untuk kayu dan dinding.
2) Beli berus dengan saiz yang berbeza. Sebab celah-celah kayu itu semua tak lepas kalau guna berus besar.

Masa ini kegigihan diperlukan level 600%

DIY Accent Wall

Ini adalah ketika proses mengecat

DIY Accent Wall

Selesai layer pertama mengecat.

Tips: Jangan terus double code cat. Tunggu kering dan tunggu semua tidak rataan tu muncul. Ni gambar selepas 1 hari. So nampak tak undercoat cat asal tu timbul. Memang tak rata tapi bersabar sekejap. Lepas 2 3 hari kita cat semula.

Ini hasil selepas 1 Jam doublecoat Cat. Siap juga akhirnya DIY accent wall yang dilakukan ini.

DIY Accent Wall

Kredit : Hanan Aana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down