Cara Lipat Baju Baby Untuk Elak Bersepah Bila Almari Kena 'Selongkar'

1,119 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Baby apabila dah pandai berjalan, memang rajin sangat 'menolong' selongkar laci baju. Habis bersepah dibuatnya, jenuh nak lipat sekali lagi. Sebenarnya, ada cara mudah untuk lipat baju baby dan elak baju bayi bersepah bila diselongkar oleh mereka iaitu menggunakan cara lipatan 'tuck in'. Jom ikuti perkongsian oleh Ojie Ismail di bawah.

cara lipat baju baby

Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan 'tuck in' memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu.

Mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik. Dah nak kena lipat lagi. Harap2 bermanfaat buat kawan2 dan ibu2 muda di luar sana.

Cara Lipat Baju Baby Yang Betul Dan Sempurna

 

cara lipat baju baby

Kita cuba mula dengan baju lengan panjang dan seluar panjang


Terbalikkan baju seperti gambar di atas

cara lipat baju baby
Lipat dua seluar panjang. Letakkan di tengah baju tadi


Lipat lebihan seluar sama panjang dengan badan baju

cara lipat baju baby
Kemudian, lipat lengan sebelah kiri serta kemaskan lebihan lengan

cara lipat baju baby

Ulang langkah melipat lengan untuk sebelah kanan dengan cara yang sama

Setelah itu, lipatkan sepertiga baju bermula dari bahagian tengkuk
Masukkan sepertiga pada hujung baju ke dalam lengan yang dikemaskan tadi dengan cara ala-ala tuck in
cara lipat baju baby
Hasilnya, sangat kemas. Masih kemas walaupun ditegakkan pada sisi tepi. Lipatan yang kukuh
cara lipat baju baby

Jika didudukkan juga lipatan tidak terbuka. Nyata kemas!

 

Untuk tuala pun guna tuck in juga

 

Gaya melipat ala-ala tuck in juga boleh diguna pakai untuk melipat tuala. Tuala yang melintang dilipat separuh seperti dalam gambar

Sepertiga bahagian dilipat ketengah

Ulang untuk sepertiga bahagian lagi dan dapatkan hasil seperti di dalam gambar

Mula melipat cara tuck in. Lihat gambar diatas

Tuck in sepertiga bahagian hujung tuala

Tadaaaa. Dah siap! Senang kan? Sekarang giliran anda pula untuk lakukannya

Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Sumber : Ojie Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down