Cara Membuat Kemasan Dinding Kayu Guna Minyak Kuin

9,498 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa disini yang masih lagi tinggal atau menetap dirumah kampung kayu? Jika anda menetap disebuah rumah kampung mungkin tips ini sangatlah berguna untuk anda yang ingin membuatkan dinding kayu dirumah kampung tersebut kembali menyinar seperti baharu.

Macam yang dikongsikan oleh Aizuddin Akhsan ini, beliau berkongsikan sedikit tips bagaimana atau cara membuat kemasan dinding kayu yang cantik kembali bersinar dengan menggunakan minyak kuin. Hasilnya juga turut menunjukkan perubahan yang ketara.

Hasil dikongsikan juga sangatlah membantu ramai orang untuk melakukan tips sebagaimana beliau lakukan itu. Jom kita lihat bagaimana cara ini dilakukan untuk menaikkan lagi kesinaran kayu tersebut.

Cara Membuat Kemasan Dinding Kayu Rumah Kampung Menggunakan Minyak Kuin

Assalamualaikum selamat pagi.

Ni nak share sikit cara saya buat kemasan pada dinding kayu rumah kampung (Rumah Ayah). Badget tak terlalu besar kalu gunakan "Minyak Kuin".

Minyak ni pun biasa dugunakan untuk kemasan rumah kayu dulu-dulu dan buat juga. Harga setong 14 liter RM84+- dan saya campurkan dengan thinner 1:1 sebab terlalu pekat untuk saya sembur menggunakn Spray Gun.

Cara Untuk Membuat Kemasan Pada Dinding Rumah Kayu

Inilah dia rupa minyak kuin ini. Namun, terpaksa campurkan sedikit dengan thinner 1:1 kerana minyak kuin ini terlalu pekat untuk disembur menggunakan spray gun.

Cara Membuat Kemasan Dinding

Inilah dia rupa kotak atau bekas minyak kuin.

Cara Membuat Kemasan Dinding

Sebelum minyak kuin ini disembur, permukaan kayu ini kelihatan dan uzur dan keserian kayu tersebut telah pudar.

Cara Membuat Kemasan Dinding

Namun, lepas sahaja Aizuddin sembutkan minyak kuin pada permukaan kayu tersebut ia kelihatan sangat bersinar seolah kayu baharu.

Ramai yang salah anggap selama ini hanya syelek sahaja mampu membuatkan permukaan kayu nampak berkilat.

Cara Membuat Kemasan Dinding

Kredit : Aizuddin Akhsan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down