Cara Menukar Pintu Rumah Dan Tombol Pintu

8,763 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pasti tidak ramai yang tahu sebenarnya untuk menukar pintu dan tombolnya tidaklah begitu sukar jika dilakukan dengan betul.

Jadi, pemuda yang bernama Mohd Sani Soid mahu berkongsi mengenai cara menukar pintu rumah dan tombol pintu dengan sangat mudah melalui proses DIY.

Jadi, jom teruskan bacaan di bawah ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Cara Menukar Pintu Rumah Dan Tombol Pintu

Pintu boleh dibeli di kedai hardware jenis playwood harga rm80-100. jenis solid wood rm180-200.

Ukuran adalah standard 34"x82" tetapi kalau nak ukuran lain kena tempah dulu dikedai hardware.

Biasanya harga akan lebih 50%. Untuk langkah-langkah boleh rujuk gambar dibawah.

Beli alatan drill di mana-mana kedai hardware. Beliau beli di Mr.DIY dengan harga RM5 sahaja.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Ukur Jarak selak untuk kita lukis ukuran di pintu tempat kita nak tebuk atau drill nanti.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Ukur sekali lebar atau diameter mata drill yang bulat besar untuk pasang tombol itu.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Setelah siap dipasang pintu baru, boleh ukur dan lukis atau tanda berpandukan dari lubang selak yang sedia ada, hasil lebih kurang mcm ni. Yang paling penting adalah nak tentukan titik tengah itu untuk kita tebuk nanti.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Sama jugak bahagian tepi, dapatkan titik tengah untuk kita tebuk nanti.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Mula tebuk lubang tombol berpandukan titik tengah. Jika pintu tebal, tebuk separuh dan berhenti, kena korek keluar isi kayu di dalam, sebab mata drill tak cukup panjang nak tembus, jadi proses tebuk kena buat 2 kali, tak boleh sekali harung nak tebuk.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Setelah selesai tebuk lubang tombol, tukar mata drill untuk lubang selak, dan mula tebuk dari titik tengah juga.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Setelah siap, hasilnya seperti ini. Kelebihan kerja kayu, tak perlu terlalu precise ukuran dan hasil kerja, sikit-sikit lari atau senget nanti kita boleh adjust semula.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Pasang tombol pintu, mula dari luar bahagian yang ada lubang anak kunci.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Pusingkan bahagian untuk sangkut lock.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Masukkan selak dari tepi, tekan selak untuk hook keluar dan masuk bahagian lock tombol.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Lock dah masuk dalam hook tombol, jadi boleh teruskan pasang semua bahagian-bahagian tombol pintu.

Proses selepas ini semua sudah mudah, kalau tak tahu atau tak pernah buat, hanya rujuk pada manual tombol yang baru dibeli.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Dah siap dan sudah boleh cat pintu.

Inilah hasil yang sudah siap.

Diy Cara Menukar Pintu Rumah
Diy Cara Menukar Pintu Rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba memasang sendiri di rumah nanti.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down