Cara Mudah Bersihkan Tandas Guna Barang Sedia Ada

1,986 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebersihan tandas ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Bukan sekadar menjaga kebersihan dapur, ruang tamu dan bilik tidur sahaja tetapi tandas tidak terjaga. Sehingga terlampau kotor seperti tandas awam. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara mudah bersihkan tandas.

Mohon elakkan hal demikian terjadi, kerana tandas yang kotor adalah salah satu sebab rezeki tersekat. Kalau bilik air kotor syaitan dan jin pun sangat menyukainya, bergembira sakan mereka di dalam bilik air atau tandas. Jadi bagi mengelakkan hal demikian terjadi amalkan cara seperti di bawah ini supaya tandas di rumah anda sentiasa wangi dan kekal bersih.

Cara Mudah Bersihkan Tandas :

 

1. Gunakan Span Penyental Pinggan.

Ketika mencuci tandas dan mahu membersihkan jubin anda boleh gunakan span penyental pinggan mangkuk bagi mendapat kesan yang lebih baik.

2. Gunakan Cecair Peluntur.

Gunakan cecair peluntur seperti clorox, jika mahu menanggalkan kesan lumut pada jubin. Anda hanya perlu meletak cecair tersebut pada jubin dan biar dalam beberapa jam sebelum menyentalnya.

3. Gunakan Serbuk Baking Soda.

Jika mahu menanggalkan kesan degil pada tab mandi atau mangkuk jamban, renjis kan sahaja dengan serbuk baking soda. Atau anda boleh menaburnya di atas span. Sentallah jubin kamar mandi anda seminggu sekali dengan girang dan ceria.

4. Cuci Bilik Air Setiap Hari.

Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

5. Titiskan Perahan Lemon.

Tidak salah jika anda menitiskan perahan lemon di dalam kamar mandi anda untuk bau yang menyenangkan dan menghilangkan bau hancing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down