Projek DIY pada masa kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita. Rata-rata pemilik rumah hanya melakukannya secara DIY kerana ianya lebih jimat daripada mengupah orang.
Perkara tersebut juga dilakukan oleh wanita ini yang bernama Ema ChuBby's. Beliau telah telah menghasilkan dekorasi yang menarik pada dinding. Beliau juga sempat berkongsi cara mudah DIY accent wall pada bahagian bawah ini.
Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat hasil projek DIY ini.
Teratak kecik.
Duk lalu lalang accent wall dekat wall Facebook. Maka terhasil lah hasil air tangan suami. Buat sendiri jimat banyak kan?
2 hari siap la accent wall kami 100% dari design ke color adalah idea suami. Almost 2 tahun duduk rumah sendri. Masih newbie dalam mendeco.
Mohon tunjuk ajar sifu-sifu semua. Inilah cita rasa kami. Terima Kasih
Peralatan yang digunakan untuk melakar accent wall hanya dengan menggunakan alat tulis.
Ini adalah lakaran accent wall yang dibuat oleh suaminya. Bila engineer yang buat kerja, memang details siap drawing ukuran.
Bahagian dinding ruang tamu ini sebelum diubahsuai.
Kayu accent mula dipasang pada bahagian dinding tersebut.
Rangka accent wall siap dipasang.
Proses undercoat dilakukan terlebih dahulu.
Hasil bahagian dinding ini selepas berjaya diubahsuai.
Keadaan ruang tamu setelah berjaya di deco.
Pada ruangan ini masih kosong, beliau plan nak buat accent wall juga.
Deco ruang makan.
Suka rumah nampak kosong dan sedap mata memandang.
Ini adalah bahagian dry kitchen, abaikan barang-barang yang bercelaruan itu.
Deco bunga mewarnai rumah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan projek DIY seperti ini.
Semoga perkongsian ini bermafaat.