Pada masa kini, ramai dikalangan kita cuba untuk hasilkan sendiri deco rumah secara DIY. Boleh dikatakan dengan melakukan secara DIY, kos yang dikeluarkan lebih menjimatkan. Jika mengupah orang, sudah tentu kos yang dikeluarkan berbeza.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Nor Apizah Idzuddin. Selain berkongsi hasil ubahsuai tandas yang dilakukan, beliau juga telah menunjukan cara mudah DIY master bathroom guna cat cpoxy flake.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
DIY master bathroom guna epoxy flake. Boleh la nak sedapkan mata memandang.
Bilik air sebelum diubahsuai. Ia perlu dikeringkan dan buang habuk-habuk yang ada terlebih dahulu. Beliau bertekad lakukan DIY sebab mozek itu nampak bercapuk-capuk sangat dan sudah tidak cantik lagi.
Selepas itu, bersihkan pakai kertas pasir pula, tapi suaminya pakai grinder sahaja. Kemudian, pakai thinner pula. Barulah pasang masking tape.
Langkah seterusnya, boleh apply primer atau gam.
Tak perlu tunggu lama-lama. Ia sudah boleh ditaburkan dengan Mica Flake warna biru dan putih sebab nak tema ocean kononnya.
Link Shopee :
Kena pakai plastik jika mahu ratakan Mica flake itu sebab nanti dia melekat-lekat di kaki. Selesai part Mica, kena tuggu 5 jam untuk bagi flake itu melekat.
Sudah 5 jam, Kena buang pula habuk-habuk Mica yang ada dan yang tidak melekat itu. Guna vacuum atau berus lembut.
Langkah terakhir, sapukan clear pula. Selesai sapu clear kena tunggu 1 hari baru boleh guna bilik air itu. Ada Mica yang tak tebal sangat sebab takut tak cukup. Sebab ini kali pertama percubaan untuk buat, tak boleh nak agak lagi.
Inilah hasilnya tapi belum disapu clear lagi. Memang begini sahaja rupanya. Sapu clear supaya nampak clear.
Itu sahaja perkongsian ubahsuai bilik air pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.