Cara Mudah DIY Rak Buku Gaya Dahan Pokok

2,679 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak ramai dalam kalangan kita dikurniakan bakat dan kelebihan untuk melakukan kerja-kerja pertukangan dan DIY. Bakat ini juga cukup membantu kita jika mahu menjimatkan kos kerana ianya dilakukan sendiri dan tidak perlu mengupah orang.

Projek DIY ini telah dihasilkan oleh pasangan ini yang bernama Hasnul Khatimah. Mereka berdua telah berjaya menghasilkan DIY rak buku yang cukup unik dan kreatif berkonsepkan dahan pokok.

Jom sama-sama ikuti perkongsian DIY yang sangat menarik ini.

Cara Mudah DIY Rak Buku Gaya Dahan Pokok

Bismillahirahmanirrahim. Liku-liku projek ilmu alam. Allah sahaja yang tahu pahit getir menyiapkannya. Syukur. Alhamdulillah. Kami dapat siapkan bersama-sama.

Lama dah tak share disini. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya kami dua siapkan projek ni.

Projek Ilmu Alam. Yang sebenarnya rak buku & Sudut Bacaan. Yang sudah lama menjadi idaman suami. Walaupun tak sempurna seperti yang orang putih buat. Tapi puas hati sangat-sangat. Sebab berjaya buat sendiri. Untuk rumah sendiri.

Semuanya bahan terpakai. Kalau yang beli pun yang murah-murah sahaja.

Ini adalah semasa cubaan membuat  corak dahan pokok tersebut.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Proses-proses pemotongan kayu dilakukan.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Proses diteruskan lagi.

diy rak buku

Kayu tersebut mula dibentuk menjadi dahan pokok.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Kayu tadi siap dijadikan dahan pokok.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Proses menyapu syelek mula dilakukan.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Dahan pokok tadi selesai disapu syelek.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Selepas itu, proses mengecat dilakukan pada dinding dengan corak daun.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Kerja-kerja melukis ini dilakukan secara manual dan tak ada acuan mahupun paper tape.

diy rak buku

Setelah 3 jam setengah, itu sahaja baru siap.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Episod paling mencabar dan paling lambat nak siap. Ia sangat memakan masa. Tak boleh nak buat hari-hari pula tu sebab hujung minggu sahaja mampu.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Kemudian, proses recolour dilakukan. Beliau berkata, sangat susah nak dapatkan color yang sama dengan almari readymade itu. Merata kedai cari.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Kumulatif ini mengambil masa 4 hari untuk disiapkan. Ia dilakukan 4 jam setiap hari.

Cara Mudah DIY Rak Buku

Episod ini paling menguji kesabaran.

Cara Mudah DIY Rak Buku
Cara Mudah DIY Rak Buku
diy rak buku
diy rak buku
diy rak buku
diy rak buku

Alhamdulillah. Siap juga Akhirnya.

diy rak buku

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada semua pembaca diluar sana. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down