Pernahkah melihat penghasilan DIY gaya berpalang? Seperti yang kita ketahui, penghasilan corak accent wall dan wainscoting boleh dilakukan mengikut corak dan kreativiti tersendiri.
Akan tetapi, ada juga pemilik rumah cuba mengambil inspirasi dari hasil dekorasi orang lain sebagai rujukan untuk menghasilkan deco mengikut keinginan mereka. Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Munib Aiman Mukhtar. Selain dari berkongsi hasil dekorasi yang dilakukan, beliau juga sempat berkongsi cara mudah hasilkan shiplap pada dinding dengan konsep dan gaya berpalang.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti projek ubahsuai yang menarik ini.
Percubaan kali pertama. 2 minggu jugak tertangguh projek ini. Dinding tinggi ini susah nak ukur, lain yang dirancang lain yang jadi. Cerewet memang cerewet tapi bila sudah siap macam kagum pulak boleh siap.
Projek seterusnya pula adalah tempah cermin. Disebabkan ada tangga maka terhasillah palang-palang atas bawah itu, plan asal tak ada palang-palang itu.
Dinding pada asalnya bercorak geometri, jadi bahagian ini akan ditukarkan kepada satu konsep kreatif yang lebih menarik.
Proses pemasangan kayu shiplap selesai dilakukan dan dilekatkan dengan menggunakan gam Xbond. Tape dilekatkan bagi memastikan kayu tidak jatuh dan bergerak.
Dinding shiplap itu dicat semula dengan warna pilihan.
Hasil dinding yang telah dipasang shiplap dengan gaya tersendiri. Ia kelihatan sangat kreatif dengan konsep deco shiplap yang dihasilkan.
Jenis cat yang digunakan. Ianya boleh juga dibeli di Shopee.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu semua pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco rumah kediaman. Semoga bermanfaat.