Sejak kebelakangan ini, deco rumah dengan cara DIY boleh dikatakan menjadi satu trend di kalangan pemilik rumah. Lagi-lagi projek DIY dengan menggunakan shiplap wall dan wainscoting.
Faktor utama pemilik rumah memilih untuk melakukan ubahsuai secara DIY adalah kerana pemasangannya tidaklah begitu rumit dan ianya menjimatkan bajet. Projek DIY ini telah dilakukan oleh suami kepada Cik Noor Maslina Ismail. Konsep deco yang dihasilkan adalah Green Shiplap Wall.
Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian deco ruang tamu yang sangat kreatif ini.
Pertama kali mencuba.
Alhamdulillah inilah hasilnya. Modal sekali mesin dalam rm500.
Kayu shiplap mula dipotong. Jenama mesin yang digunakan adalah deWalt.
Proses shiplap mula dilakukan pada bahagian pintu masuk terlebih dahulu.
Proses pemasangan masih lagi diteruskan.
Pemasangan kayu shiplap diteruskan lagi satu demi satu.
Setelah selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah mengecat dengan warna pilihan.
Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat kayu shiplap pada bahagian atas pula.
Proses mengecat telah selesai dilakukan.
Hasil dinding ruang tamu setelah selesai dipasang shiplap wall.
Keadaan dinding setelah diubahsuai dari sudut pandangan hadapan.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber inspirasi dan idea kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk deco bahagian ruang tamu rumah masing-masing mengikut citarasa sendiri,
Semoga bermanfaat.