Cara Sambung Kabel Wiring Dalam Rumah

6,641 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua orang memiliki kepakaran dalam melakukan penyambungan kabel elektrik di dalam rumah. Hal ini kerana, untuk melakukan kerja-kerja sebegini memerlukan pengetahuai yang mendalam dalam bidang kejuruteraan. Jika melakukan kesalahan, ia bakal menyebabkan litar pintas.

Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang tukang rumah mahir yang bernama Apul Khushairie. Beliau telah berkongsi cara sambung kabel wiring dalam rumah dengan cukup ringkas dan mudah.

Jadi, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Sambung Kabel Wiring:

Hari ini kita belanja tuan rumah wiring satu bilik industrial konsep (black edition).

Sudah siap nanti baru kita bagi kunci rumah.

Proses pemasangan kabel baru sahaja dilakukan ketika ini dengan menggunakan batang paip pvc.

Gambar dibawah ini pula adalah peralatan yang digunakan untuk melakukan penyambungan kabel wiring tersebut.

Alhamdulillah. Siap semuanya. Walaupun kerja-kerja pemasangan ini agak sedikit lambat siap namun hasilnya dilakukan dengan sangat mantap dan terbaik.

Sewaktu melakukan kerja-kerja sebegini, berikan kasih sayang dengan kerja yang kita lakukan barulah hasilnya kemas, selamat dan ke kanan lurus semuanya.

Sekejap lagi sudah boleh serah kunci kepada tuan rumah. Harap tuan rumah berpuas hati dengan apa yang dihasilkan. Katanya.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara sambung kabel wiring dalam rumah pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down