Segmen DIY kali ini akan berkongsi cara kitar semula atau recycle botol yang sangat kreatif. Tidak perlu membazir membelanjakan wang untuk membeli barang-barang baru untuk kegunaan tertentu. Caranya mudah dan mesra bajet malah turut mesra alam! Perkongsian kali ini adalah dari Yatie Eimra. Perkongsiannya adalah mengenai cara recycle botol plastik untuk kegunaan rumah.
Menurut kajian yang dijalankan, botol plastik mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk mereput sepenuhnya. Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak memainkan peranan seoptimum yang mungkin untuk menjaga alam sekitar dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang.
Jika di rumah anda terdapat banyak botol-botol plastik yang sudah tidak digunakan, jangan dibuang dahulu kerana anda boleh menghasilkan pelbagai produk kitar semula untuk kegunaan di rumah selain turut menjaga keindahan alam sekitar kita. Entri kali ini akan berkongsi gambar-gambar dan tips dari Puan Yatie Eimra tentang idea membuat peralatan untuk kegunaan di rumah yang dihsilkan dari botol-botol terpakai.
Tadah air untuk bekas dispenser air. Masa raya saya guna botol ini saja untuk buat tadah air yang meleleh.
Tapak dispenser air itu tidak perlu ditolak kedepan atau kebelakang sikit supaya sudut botol plastik tadi bersesuaian dan boleh tadah air yang meleleh tanpa tumpah atas lantai.
Tempat untuk simpan spaggeti. Senang untuk masak dengan portion yang sama.
Saya buat simpan tepung khas untuk bersihkan ayam/ikan/dll. Lubangkan penutup macam ini, kemudian tutup guna cup ubat.
Botol kordial buat jirus pokok pun boleh.
Cara ini paling senang bila ada jajan yang tidak habis. Saya jarang makan jajan, tapi sesekali teringin juga. Bila sudah bukak, seminggu pun belum tentu habis lagi. Guna penutup botol ini bukan hanya mudahkan untuk buka dan makan, tapi jajan lebih tahan lama. Tapi kena ikat getah dengan kemas, kemudian sebelum tutup rapat, tekan plastik pembungkus supaya angin keluar dan tutup penutup. Lama-lama angin akan masuk juga, tapi keluarkan angin itu dengan cara sama. Jika ingin mudah bukak penutup, pegang sikit bahagian botolnya macam dalam gambar.
Bila si kecik kerjanya mahu basuh tangan 24jam, di rumah ada tangga khas untuk anak panjat dan basuh tangan. Tapi dapur ini kecik dan sempit, jadi tidak boleh letak tangga dia dekat depan sinki 24jam.
Terpaksalah ummi dia buat extention untuk paip supaya si kecik ini boleh basuh tangan tanpa panjat tangga. Bila sudah basuh, cabut balik botol ini.
Muncung botol saya alas dengan tisu wipes untuk perlahankan aliran air. Air tidaklah terpercik kuat.
Saya suka asingkan plastik yang saiz kecik untuk tong sampah kecik kat sinki. Guna botol untuk simpan plastik kecik ini dan sangkut dekat mana-mana tempat yang patut.
Gubahan dari botol plastik untuk letak arang.
Buat tabung diy pun boleh.
Tabung spongebob round pants.
Ini acah-acah english style.
Botol madu di make up dan dijadikan bottle light.
Cantikkan lampu botol yang DIY ini. Puan Yatie hasilkan lampu ini daripada botol madu yang dikitar semula.
Kesemua botol kosong akan dibersihkan menggunakan sabun terlebih dahulu bagi menghilangkan kesan kotoran atau air manis.
Selamat mencuba!