Sebagai lelaki ni kita seharusnya kena mahir dalam melakukan apa jua kerja-kerja dirumah seperti membaiki perabot yang rosak, menjaga kawasan rumah dan juga pandai dalam membaiki perkara kecil seperti membaiki plug extension yang rosak.
Jika anda tidak pandai membaiki hal-hal yang kecil seperti baiki plug ini sememangnya menunjukkan anda bukan lelaki sebenar. Lelaki yang sebenar seharusnya mahir dan pandai membaiki perkakasan eletrik macam Muhammad Faris Abdullah ini.
Beliau menunjukkan cara basic dan simple kepada lelaki diluar sana bagaimana untuk membaiki plug extension yang rosak dirumah. Dia menyeru agar lelaki wajib pandai dalam bab-bab sebegini untuk menjaga maruah sebagai lelaki.
Di rumah mak saya ni ada lah plug extension rosak. Nak beli baru macam membazir satu set ni sekarang dah RM20-30.
Selepas inspection saya buka kepala plug dan dapati wire N dan L plug extension ini tertanggal. Ia berpunca dari wire clip yang tercabut mungkin banyak tangan usik. Sebagai seorang seorang suami kepada isteri dirumah duit nak beli extension baru tu takda hal sangat tetapi maruah kita itu nak letak mana takkan la benda simple macam ni terus nak beli baru atau panggil pomen untuk baiki benda ni.
Saya sambungkan semula wire dan tape tebalkan sedikit bahagian wire clip tu supaya wayar tahan tak mudah tanggal dia grip bila tutup katup kepala plug. Hasilnya plug extension alhamdulillah siap baiki nyala boleh pakai macam biasa.
Bagaimana Cara Untuk Baiki Plug Extension Yang Rosak Ini
Nampak tak kesemua 4 plug ni tak menyala. Ini bermakna extension ini sudah rosak dan perlu dibaiki. Kita cuba baiki dulu. Kalau boleh tak perlu beli yang baharu dah melainkan kalau betul-betul dah rosak.
Jom tengok apa masalah dan penyebab yang menyebabkan extension ini rosak. Selalunya extension yang rosak ini wayar kat sini telah pun longgar. Jadi kena buka tengok dalamnya.
Selepas buka dan tengok dalam kepala plug tersebut boleh nampakkan wayar Neutral dan Live tu sudah tercabut dari punya soket. Jadi, solusinya adalah masukkan balik wayar tersebut ke soket yang asal.
Untuk pengganti kepada klip wayar ni cuma gunakan tape sahaja macam ni agar grip plug ni akan kuat.
Jadi, dah settel jom kita cuba plug ni balik. Alhamdulillah semuanya berfungsi seperti biasa. Satu lagi misi orang lelaki berjaya diharungi. Hehehe.
Sekian perkongsian dari AES. Ingat duit boleh dibeli tetapi maruah itu takda dijual dimana2. Boleh check kat rumah kita kut2 ada plug extension yang rosak kut ini puncanya. Make sure pasang sambungan betul ya Earth, Live, dan Neutral kalau tak sure boleh google.
Terima kasih kerana membaca semoga bermanfaat.
Kredit : Muhammad Faris Abdullah