Cara Pemasangan Stiker Lantai Vinyl Yang Viral

9,975 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak kenal akan barang yang sedang hangat viral ketika ini iaitu "Vinyl Floor". Vinyl floor ini menjadi buruan para dekorasi rumah di kedai Eco dan yang paling best harga hanya RM 2.10 sahaja. Vinyl floor popular sebagai pelekat dekorasi sebagai kemasan pada lantai.

Bagi anda yang pertama kali untuk mendekorasi rumah menggunakan vinyl floor ini usah risau. Anda boleh cuba hasil daripada perkongsian Muhamad Nur Faizul V ini iaitu menghasilkan corak "herringbone style" ataupun dalam bahasa melayu ia dipanggil tulang herring.

Perkongsian daripada beliau tersebut merupakan corak yang sangat senang. Kerana dapat dilakukan terutama untuk seseorang yang mencari "pattern" dekorasi untuk lantai vinyl ini. Ia juga sangat senang dan mudah. Jom kita tengok hasil perkongsial daripada beliau.

Cara Pemasangan Stiker Lantai Vinyl Viral Menghasilkan Corak "Herringbone Style"

Kesahnya niat dihati nak pasang carpet je...tp tetibe terpikat pulak dgn vinyl sticker kedai rm2..harga sama lebih kurng dgn shopee..atas idea wife..makanya....terhanguslah duit beli 140pcs vinyl sticker ni

Ilmu belaja dr youtube...tgok kiraan semua dr youtube..hihi

Panduan Pengiraan Lantai Vinyl

Keluasan Bilik 190 sqft = 17650968 mm/segi

Keluasan Vinyl = 139 842 mm/segi

Luas bilik ÷ Luas vinyl = 126 keping digunakan

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses Membuat Lantai Vinyl "Herringbone"

1) Tanda dibahagian tengah agar ukuran tidak akan lari

Lantai Vinyl

2) Mulakan dengan bucu yang paling atas skali pada atas garian yang ditandakan. Sewaktu lekatkan vinyl floor, ketuk menggunakan gandin supaya gam melekat dengan kuat. Lakukan satu demi satu sehingga ia memenuhi ruang lantai tersebut.

Lantai Vinyl

Hasil Akhir Lantai Vinyl Yang Dilakukan

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir lantai vinyl yang dilakukan oleh kami ini. Sememangnya saya sangat cadangkan untuk gunakan vinyl ini kerana ia mudah dipasang, harga yang sangat bajet dan mampu membuat bilik nampak cantik.

Lantai Vinyl

Skirting kan dengan menggunakan papan mdf, tampalkan semua vinyl pada papan tersebut dan lekatkannya. Kerja tersebut ini dilakukan pada tahun 2019 dan selesai sepenuhnya pada 2020.

Sumber : Muhamad Nur Faizul

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down