Cara Untuk Susun Perkakas Dapur Tanpa Guna Kabinet

26,047 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk memastikan dapur anda kekal kemas, anda perlulah bijak dalam menyusun peralatan dapur anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang baru berkahwin. Sudah tentu banyak kos yang sudah dikeluarkan untuk beli perabot rumah, perkakas elektrik dan sebagainya. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk susun perkakas dapur tanpa kabinet.

Namun jika anda masih belum mampu untuk memasang kabinet dapur, jangan risau kerana ia bukan halangan untuk dapatkan dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Dapur yang kecil dan tidak mempunyai kabinet tidak semestinya harus dibiarkan terus bersepah, kan?

Banyak cara sebenarnya untuk menjadikan dapur rumah anda cantik dan berseri walaupun tidak mempunyai kabinet. Jom  sama-sama kita saksikan perkongsian yang telah dikongsikan oleh wanita ini mengenai dapur tanpa kabinet ini.

Cara Untuk Susun Perkakas Dapur Tanpa Kabinet Yang Cantik Dan Kemas

Deko dapur sempit dan memanjang

Dapur biasa saja, rumah flat tingkat 1. Kecilnya sampai takda ruang nak letak peti sejuk, nak letak oven, nak letak segala kitchen gadjet dan kitchen helper. Yelah. Sebab tu lah tak banyak perkakas. Nanti nak letak kat mano? Kena sedar diri lah kan.

Dah hampir 6 tahun. Tak pernah jemu duduk kat rumah ni walau kecil je 600 sqft, walau kena naik tangga sempit, kadang lorongnya gelap, walau bau kari setiap hari, walaupun tandas ada 1 je dan kami selalu berebut, kami tetap bahagia dan nyaman sekali berada di rumah ni.

Cara Untuk Susun Perkakasan Dapur Tanpa Menggunakan Kabinet

Cara Untuk Susun Perkakas
Cara Untuk Susun Perkakas

Plate holder beli di IKEA/DAISO.

Cara Untuk Susun Perkakas

Rak jaring (wirenet) letak rempah beli di DAISO.

Cara Untuk Susun Perkakas

Rak periuk beli di Shopee.

Cara Untuk Susun Perkakas

Penghadang aluminium beli di MR DIY.

Rak besen beli di Shopee.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dalam memberi seribu manfaat kepada anda dalam menyusun peralatan dapur.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Noor Hafiza Mohamad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down