Pernahkah anda dengar mengenai dapur rumah jenis backsplash? Boleh dikatakan pada masa kini, penggunaan dapur gaya backsplash sudah tidak asing lagi. Hal ini kerana, dapur yang menggunakan konsep seperti ini mudah untuk dicuci apabila terkena kesan minyak.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Anas Ahmad. Beliau telah melakukan ubahsuai dapur lama miliknya kepada gaya baru berkonsepkan backsplash.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Bahagian dapur yang ingin dilakukan ubahsuai.
Proses-proses merangka semula dilakukan.
Proses-proses ubahsuai diteruskan lagi.
Sebelum campuran simen dimasukkan, pastikan acuan dapur itu telah siap sepenuhnya dipasang.
Apabila rangka acuan siap dipasang, proses seterusnya adalah memasukkan campuran simen pula.
Selepas itu, tunggu ianya mengeras dan membentuk ruang dapur.
Proses simen telah siap dilakukan.
Proses seterusnya adalah membuat bingkai bahagian ruang sinki.
Bingkai bahagian sinki mula dipasang.
Mozek yang digunakan adalah jenis marbles.
Seterusnya adalah memasang backsplash pada bahagian dinding dapur tersebut.
Dinding backsplash sudah hampir siap dipasang.
Bahagian ruang sinki selesai diubahsuai.
Dapur yang digunakan adalah dapur jenis Rinnai.
Keadaan dapur ketika sedang memasak.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco dapur berkonsepkan gaya backsplash seperti ini.
Semoga bermanfaat.