Sudah menjadi lumrah seorang ibu apabila mahukan anak-anaknya dapat merasai tinggal dan tidur di tempat yang selesa dan ceria. Demi anak-anak, mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat anak-anak bahagia.
Itu yang dilakukan oleh seorang insan yang bernama ibu iaitu Wan Maidah Wan Mansor. Beliau telah menghasilkan dekorasi pada dinding bilik anaknya dengan menggunakan konsep accent wall dan batten wall.
Untuk melihat proses pemasangannya, boleh teruskan bacaan di bahagian bawah ini.
Kami newbie, demi anak-anak buat jugak la. Pertama kali buat untuk bilik anak-anak.
Banyak belajar dan cari inspirasi dari perkongsian dekorasi orang ramai.
Kayu dengan gam beli di sini: https://shope.ee/5KYa2m3hJJ
Boleh survey dekat link yang disediakan atas itu, harga tak mahal sangat pun.
Inilah bahagian dinding yang ingin dihasilkan projek DIY tersebut.
Keadaan dinding bilik ini semasa pemasangan batten wall dilakukan.
Batten wall selesai dipasang dan dicat.
Kayu MDF itu dipasang pada bahagian dinding atas.
Inilah hasil bilik tidur anak setelah selesai diubahsuai. Untuk warna cat, beliau guna cat biru Jotun cover plus 4224 dan Purple Nippon Paint PB1442A.
Sangat menarik dan kreatif projek yang dihasilkan pada bilik tidur anaknya ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.