Mempunyai satu tempat atau ruang deco rak TV ini merupakan antara tumpuan utama apabila kita masuk ke bahagian ruang tamu. Sebab ia adalah tempat untuk bersembang sambil tengok tv. Jadi memang penting untuk kita mengambil perhatian terhadap ruangan tersebut.
Daripada pandangan dari Nur Farhana ini ialah beliau menyatakan setiap deco tidak pun memerlukan modal yang besar untuk deco rak tv. Cukup sahaja menggunakan bahan-bahan yang minimum sahaja. Itu sudah memadai.
Beliau telah berkongsikan bagaimana beliau membuat deco rak tv dengan menggunakan bahan yang minimun dan murah namun nampak premium. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Hi, harini saya nak share sikit hasil deko rak saya yang diberi nafas baru tanpa menggunakan drill. Saya just guna super glue gel dengan glue gun saja sebab itu je pun yang ada kat rumah.
Alhamdulillah rasa puas dapat deko macam yang kita impikan tapi dengan bajet yang minimum. In shaa Allah next nak letak kaki pula untuk rak ni
Untuk Deco ni saya ambil idea daripada pinterest. Search je “Kallax Hack”.
Antara Barang-Barang yang Dibeli Dari :
Dekorasi Rak TV Sebelumnya
Selepas Dekorasi
The result. Actually terpulang kepada individu. Ada orang dia suka letak rattan box je. Ada orang suka lekatkan mirror. Ada juga yang suka letakkan decoration kat setiap rak tu
Saya beli 8 keping design panel macam dalam gambar ni, 8 keping lagi plain board saja.
Guna super glue untuk lekatkan.
Storage box ukuran 33x38x33cm. Perlukan 8 juga.
Nanti kita kena lekatkan panel tersebut dekat storage box tu.
After that, lekatkan kesemuanya menggunakan glue gun. Guna hati-hati okay?
Antara Barangan-Barangan Yang Digunakan
1. Frame Wall
2. OKURA 4 cubes Organizer
3. Panel Board
4. Furniture handle & knob
5. Storage Box IKEA
Sumber : Nur Farhana