Ruang tamu merupakan ruang yang paling ditekankan oleh setiap pemilik rumah. Secara kebiasaannya, pemilik rumah akan mengutamakan ruang ini terlebih dahalu untuk diubahsuai sebelum beralih ke bahagian lain.
Perkara tersebut juga telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Fara Amirullah bersama pasangannya. Mereka berdua telah menghasilkan ubahsuai ini dengan cara DIY sahaja.
Jadi, jom kita lihat gambar sebelum dan selepas proses ubahsuai ini dilakukan.
Salam kenal semua, first time post kat sini.
Rumah baru dapat kunci 3 bulan lepas, plaster ceiling je panggil kontraktor datang buat. Lain-lain decoration semua husband buat, i hanya la penyumbang idea deco.
Banyak yang belum complete, tv kabinet belum siap tempah so pakai yang ada dulu, dinding pon masih kosong i belum siapkan ukiran wall art lagi.
Proses pemasangan batten wall pada ruang penjuru bawah tangga.
Pada bahagian dinding sebelah kanan pula dipasang cermin wainscoting.
Seterusnya proses pemasangan accent wall pada dinding ruang makan dilakukan.
Meja makan ini benda yang paling beliau sayang, beliau beli ketika mula-mula berkahwin dan menyewa sendiri.
Ketika itu katil apa pun tak ada lagi, beliau beli meja makan dulu sebab guna untuk meniaga jual keria, jadi senang kalau ada meja nak menguli menggentel keria.
Meja ini paling banyak berjasa. Beliau putuskan selain tukar baru, repaint saja balik dan tampal wallpaper. Katanya.
Keadaan penuh ruang tamu selepas berjaya di deco.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca dalam cuba untuk hasilkan secara DIY. Selamat mencuba.