Jika mahu hasilkan dekorasi pada rumah flat, sejujurnya memang boleh dikatakan agak sukar kerana ianya tidak begitu luas. Namun, jika pandai melakukan mix and match, memang akan kelihatan lebih menarik dan mewah.
Selain itu, jika mahu deco rumah jenis flat ini perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu supaya hasil yang diperoleh lebih mengancam. Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Eein Evan. Beliau telah berjaya mengubahsuai rumah flat usangnya itu dengan konsep yang cukup elegan.
Jom sama-sama kita lihat ubahsuai yang dihasilkan di bawah ini.
Gambar sebelum dan selepas deco simple rumah flat.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua.
Keadaan ruang tamu pada bahagian dinding sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Proses mengecat mula dilakukan pada bahagian dinding.
Inilah hasil selepas rumah flat ini di deco. Ianya kelihatan sangat cantik dan kemas.
Keadaan ruang tamu rumah dari sudut pandangan lain selepas di deco.
Kemudian, bahagian dinding itu dipasang wallpaper.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Semoga bermanfaat.