Deco Rumah Mertua Guna Gaya Wainscoting Simple

11,440 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang kita diami tidak kiralah baru atau lama, semuanya layak diberikan nafas baru supaya kekal kelihatan cantik dan menarik. Jika berkemampuan, sebolehnya cubalah tukarkan mengikut citarasa yang diinginkan.

Itulah yang dilakukan oleh Nadia Zahari yang merupakan menantu kepada pemilik rumah ini. Beliau telah menghasilkan deco rumah mertuanya dengan menggunakan wainscoting dan lantai vinyl sahaja. Namun, ia mampu menjadikkannya kelihatan baru dan ceria.

Jom kita lihat gambar keadaan sebelum dan selepas diubahsuai.

Deco Rumah Mertua Guna Gaya Wainscoting Simple

Setahun selepas pindah ke kedah. Alhamdulillah dapat jugak renovate rumah mak mentua saya.

Last year covid kami duk senyap tak buat apa. Duduk la walaupun anak-anak cakap rumah mak tok tak lawa belah atas ja la belah bawah lawa tapi deco dulu-dulu punya stail. Nasib baik dia tak tau kalau tidak kecil hati dia. Tunggu greenlight dari dia sahaja.

Keadaan rumah sebelum diubahsuai. Itu adalah aircond kayu lama. Sekarang ini sudah tak ada orang jual tetapi masih sejuk kalah aircond baru. Kemudian ia dipindahkan ke bahagian bawah.

Deco Rumah Mertua

Keadaan tandas sebelum diubahsuai.

Deco Rumah Mertua

Bath tub belum tukar dan hanya guna yang lama punya ditempah oleh bapa mertua beliau. Ianya tak besar sangat, muat la sorang kalau nak masuk.

Deco Rumah Mertua

Langsir ini dibuat semasa beliau dengan husband berkahwin. Ketika ini sultanah kedah datang, itu yang buat warna kuning.

Deco Rumah Mertua

Keadaan rumah selepas di deco rumah gaya baru. Pada asalnya nak repair bilik air yang bocor sahaja. Tapi, melarat habis hingga ke tempat lain. Dapat pula menantu suka deco. Rumah yang sudah berusia 38 tahun sudah bertukar menjadi baru.

Deco Rumah Mertua
deco rumah

Keadaan lantai selepas diubahsuai guna lantai herringbone jenis SPC interlocking.

Deco Rumah Mertua

Parquet ini habis kena makan dengan anai-anai. Bilik ini setahun sekali sahaja orang masuk. Sekarang ini boleh dekat anak laki beliau. Bilik dia la.

Deco Rumah Mertua
deco rumah
deco rumah

Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan wainscoting yang sangat menarik.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk kesemua pembaca diluar sana. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down