Deco Rumah Sewa Kosong Kepada Konsep Rustic Country

7,887 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah sewa boleh dikatakan rumah pilihan kedua sekiranya kita masih belum berkemampuan untuk membeli rumah sendiri. Bukan semua orang dikalangan kita mampu untuk tinggal di rumah sendiri. Salah satu faktornya adalah masalah kewangan yang hanya cukup untuk kegunaan harian sahaja.

Jadi, keputusan yang dibuat untuk menyewa adalah jalan terbaik sementara kita mengumpulkan wang untuk membeli rumah sendiri. Walaupun hanya tinggal dirumah sewa, ia juga perlu didekorasi supaya cantik dan selesa untuk dihinap.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Farahani Raof. Beliau telah mengubahsuai rumah sewa itu dengan menerapkan dekorasi berkonsepkan Rustic Country.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Deco Rumah Sewa Kosong Gaya Ala Rustic

Rumah sewa pun kena deko-deko jugak.

By the way, rumah kami tak ada langsir, yang ada itu pun sebab tutup pintu rumah.

Saya pun tak pasti tema apa yang sesuai untuk deko rumah saya. Rustic country maybe.

Keadaan rumah sewa sebelum di deco.

Deco Rumah Sewa Kosong

Keadaan rumah sewa selepas di deco dengan gaya yang cukup cantik. Kebanyakan item kayu seperti kabinet tv, cofee table, rak buku dan deko lampu atas semua husband beliau buat sendiri.

Sofa itu hanya guna bantal asal sofa terpakai. Nampak padan pula dengan kayu pallet itu. Katanya.

Deco Rumah Sewa Kosong

Rumah ini kelihatan lebih menarik disebabkan oleh susunan barangan cukup kemas dan sesuai.

Deco Rumah Sewa Kosong
Deco Rumah Sewa Kosong
Deco Rumah Sewa Kosong

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi buat semua pembaca dalam cuba melakukan dekorasi pada rumah sewa masing-masing. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down