Pernah tak pada awal-awal nak berpindah ke rumah lain tetapi disebabkan ada halangan terpaksa duduk dahulu di rumah lama. Mungkin tiada rezeki lagi kan untuk berpindah. Jangan bersedih kerana rumah lama ni masih lagi ada dan boleh lakukan dekorasi yang cantik sementara masih lagi menetap disitu.
Miera Asmera yang asalnya ingin berpindah tapi tak jadi. Maka beliau tukarkan fokus untuk melakukan dekorasi yang cantik pada rumah sewanya alang-alang masih lagi menetap disitu. Deco rumah sewa yang dikongsikan tersebut hanyalah simple sahaja.
Jom kita tengok deko rumah sewa yang dilakukan oleh Miera Asmera ini.
Asalnya simpan bajet utk pindah rumah tp disebabkan pandemic yg tak sudah sudah. Suami batalkan niat pindah tuh. So kami decide untuk deco rumah, tuan rumah pon tak kisah. Alhamdulillah selesai juga sebelum raya kemarin, hasil tangan laki bini dibantu sikecik yg paling rajin.
Deco Rumah Sewa Yang Cantik Dilakukan Oleh Suami Isteri Ini
Dulu nak pindah tapi disebabkan plan tak jadi, memang kena hiaslaa rumah sewa ni. Ini dia sedikit gambara rumah sewaku yang dulu.
Kawasan ruang tengok tv kami setelah semua dekorasi selesai dilakukan.
Almari tinggi ni memang dibuat khas untuk letakkan segala bekas kaca bahagian ni.
Beralih kepada bahagian dapur pula. Inilah dia dapur simpleku ini. Simple jer deko sebab malas nak ubahsuai sangat. Banyak guna barang dari eco, mr.diy dan sebagainya.
Kembali kepada ruang ini. Belakang tu adalah ruang tengok tv. Disebelahnya adalah tempat untuk makan bersama dengan keluarga tersayang.
Pandangan ultrawide pada bahagian pintu masuk rumah sewa ini.
Kredit : Miera Asmera