Apabila masuknya kedalam rumah baharu sudah pastinya ada sesetengah orang ini melihat terlebih dahulu pada bahagian laundry ini samaada ianya merupakan ruang laundry yang asing dengan tandas atau sebaliknya.
Jika bahagian laundry tersebut asing dengan bahagian tandas bolehlah lakukan dekorasi bahagian laundry macam yang dilakukan oleh Paan Zainudin ini. Beliau telah kongsikan dekorasi tersebut didalam grup facebook bernama Kelab Kaki Deko.
Ingin melihat bagaimana dekorasi tersebut dilakukan? Jom sama-sama kita lihat dekorasi yang dilakukan ini.
Laundry Area.
Masa nak masuk rumah baru, dalam kepala nak ada ruang laundry yg praktikal. Duduk setempat. Ya lah, Kerja-kerja basuh baju, sidai & lipat baju memang tugasku. Nak buat tu mudah. Nak mula buat tu yang masalah. Perlukan aura rajin. Memerlukan tahap kesobaran yang tinggi
Dekorasi Bahagian Laundry Yang Dilakukan Ini
Bahagian laundry sebelum apa-apa dekorasi yang dilakukan ini.
Tadaaaa! Inilah dia bahagian laundry milik Paan selepas selesai melakukan dekorasi pada bahagian ruangan tersebut.
Barangan-Barangan Yang Digunakan Untuk Dekorasi
Last minute ni tetiba datang idea terfikir nak buat frame. Jadi, buatkan frame dan letakkan disitu.
Yang ni tengok daripada hasil orang lain lakukan. Senang nak masukkan sabun dengan hanya buka paip sahaja.
Tempat iron baju & gantung baju yg dah iron. Ruang papan iron disorok.
Harap bertahanlah hiasan-hiasan ni
Kredit : Paan Zainudin