Setiap pemilik rumah mempunyai citarasa dan minat yang berbeza dalam menghasilkan dekorasi pada kediaman mereka. Sebenarnya, jika mahu mencantikkan rumah, tidak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang agak besar.
Sekiranya mahu berjimat cermat, boleh hasilkan sendiri dengan cara DIY sahaja. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Saifuddin Jamil. Beliau secara seorang diri telah berjaya menghasilkan dekorasi pada kediaman miliknya dengan cukup kreatif dan cantik.
Jadi, bagi melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah. 5 hari bertukang sorang-sorang. Siap jugak rumah abang ipar.
Terima kasih sebab berkongsi serba sedikit idea. Walaupun ada kekurangan sedikit.
Bahagian tangga sebelum dipasang kayu shiplap.
Proses-proses pemasangan kayu shiplap dilakukan.
Bahagian tangga selepas kayu shiplap selesai dipasang.
Seterusnya pula adalah proses ubahsuai ruang makan.
Bahagian ruang makan ini selepas berjaya diubahsuai dengan penggunaan konsep wainscoting cermin.
Ini pula ruang untuk healing. Barulah hilang segala sakit urat nanti.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi rumah kreatif seperti ini.
Selamat mencuba.